Tuesday, May 25, 2010

KAMPUNG LINGGA, SRI AMAN, SARAWAK



Kampung Lingga, Sri Aman, Sarawak


Beginilah pemandangan Kampung Lingga. Pekerjaan utama penduduknya ialah Petani, Pekebun, Nelayan dan kakitangan kerajaan.

Kampung Lingga terletak di Sungai Batang Lingga mengalir ke Batang Lupar. Sungai ini terkenal dengan buaya ganas yang dikenali sebagai 'Bujang Senang' dan 'Ikan Terubuk Lingga' yang sangat sedap.

Di Kampung Lingga terdapat sekolah iaitu SK Lela Pahlawan Lingga dan SJK Chung Hua Lingga. Sekolah-sekolah yang terdapat dalam Zon Lingga ialah SK Tanjung Bijat, SK Gran Stumbin, SK Sembayang, SK Pulau Seduku, SK Bakong, SK St. Dunstan Seduku, SK Lela Pahlawan, SJK Chung Hua Lingga, SK St. Paul(M) dan SK Engkranji.
Pejabat kerajaan lain ialah Balai Polis, Pejabat Daerah Kecil Lingga, Pejabat Pos, dan Pusat Pembiakan Ikan Terubuk.

Kini Kampung Lingga dapat dihubungi dengan jalanraya ke Bandar Sri Aman dengan jarak lebih kurang 55 km. Kampung Lingga adalah persinggahan bagi penduduk di tepi sungai iaitu Munggu Sawa, Engkranji, Semulong, Menuang, Langgir, Kerepok, Sekadang, Rabit, Sungai Pisang yang hendak pergi ke Sri Aman.

4 comments:

  1. Bagus bang..mun dapat antar gambar jerayo belubang.baruk sidak tauk..

    ReplyDelete
  2. cantik tempat nie....anugerah tuhan...amin

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, saya mau tau info mengenai sek pulau seduku kerana anakdan saya akan ditempatkan ke sekolah itu....adakah sekolah itu di sebuah pulau atau perlu mengikut jalan air? hrapa info segera

    ReplyDelete
  4. Masa tok jln mungkin dah bagus nk

    ReplyDelete