Walaupun cuti pada bulan Disember 2011 mesti buat kerja untuk sesi persekolahan 2012
Tugas guru:
Tugas mangajar untuk tahun 2012 semakin bertambah iaitu 25 waktu seminggu walaupun sebagai PK HEM, kurang sedikit daripada guru biasa yang mengajar 30 waktu seminggu. Buat rancangan mengajar tahunan untuk 5 mata pelajaran:
1. BM Tahun 2 - 12 waktu (KSSR) telah diberi peluang berkursus KSSR
2. Sains Tahun 2 - 2 waktu (KSSR) lain guru yang berkursus KSSR tapi saya pula yang mengajar
3. Pendidikan Moral - 6 waktu
4. PJK - 3 waktu
5. PSV - 2 waktu
Pengalaman saya mengajar, saya pernah mengajar sehingga 43 waktu seminggu sebagai guru biasa. Tapi dah jadi PK tak sangguplah mengajar sebanyak itu sebab tugas pengurusan PK HEM sangat banyak. Akan saya catatkan tugas-tugas sebagai PK HEM dari masa ke se semasa untuk pengetahuan semua sebab ada yang tak faham apa PK HEM buat.
Tugas PK HEM pada bulan Disember ketika cuti sekolah:
1. Siapkan Minit Mesyuarat HEM untuk mesyuarat staf pada 30.12.2011.
2. Sediakan Carta Organisasi Pengurusan HEM 2012.
3. Taipkan senarai tugas AJK dalam organisasi.
4. Cetak semua bahan tersebut untuk pameran dan edaran.
5. Buat Takwim HEM 2012.
6. Sediakan borang-borang untuk kemasukan ke asrama 2012.
7. Melengkapkan data Sistem Maklumat Murid (SMM) 2012.
8. Melengkapkan data Sistem Maklumat Asrama (SMA) 2012.
No comments:
Post a Comment