Friday, June 4, 2010

Salasilah Abang Salim : Siri 1 - Asal Usul

Salasilah ini telah diceritakan oleh PEMANCHA HAJI ABANG ZEN BIN ABANG ABDUL RAZAK. Salasilah ini direkodkan oleh bapa saudaraku ABANG MUIS BIN HAJI ABANG ZEN pada 21.12.1979. Bapa saudaraku ini kini berada di Kampung Sebuyau. Aku cuma menyebarkan salasilah ini dengan harapan supaya keluarga yang besar ini dapat berkumpul pada suatu masa, di suatu tempat di dalam suatu majlis agar dapat berkenalan dan bersua muka demi silaturahim.


AWANG ABDUL RAZAK BIN AWANG ABDUL RAHMAN telah melawat ke Brunei pada 16 Rabiul Awal 1326 dan berjumpa dengan bapa saudaranya TUAN HAJI AHMAD di KAMPUNG BURONG PINGAI di Brunei.




Masa inilah IMAM AWANG ABDUL GHAFAR BIN AWANG NASAR telah membuat ingatan asal orang tua-tua keturunan dari PAGAR ROYONG dan MINANGKABAU kemudian turun ke Johor dan angkat ke Brunei. IMAM AWANG ABDUL GHAFAR adalah adik beradik kepada PEHIN DATU IMAM HAJI AWANG ABDUL MOKTI BIN AWANG NASAR juga berasal dari Kampung Pingai. Asal dari Minangkabau adalah kurang pasti, mengikut penyelidikan 0rang-orang Kampung Burong Pingai itu berasal dari Siak Johor mungkin lebih tepat kerana Kampung Burong Pingai itu sebelumnya terletak di Ulu Sungai Brunei dan telah menjadi sebuah kampung setelah Raja Muhammad Ali yang menyamar sebagai Nakhoda Datu Kamis merantau ke Brunei membawa puterinya bernama Dayang Pingai yang mempunyai seekor burung kakak tua yang boleh bercakap.




DATUK SAID (adalah anak kepada DATU GODAM BIN BENDAHARA HARUN dari Minangkabau) beranak MENTERI ABDUL HARITH yang beranakan PEHIN DATU PERDANA MENTERI, PEHIN ORANG KAYA DIGADONG SERI NARA INDERA beranakkan AWANG AHMAD ALIDIN yang beranak BENDAHARA ALI PERDANA ... PEHIN KHATIB AWANG MUHAMMAD beranak PEHIN ORANG KAYA AMAR PAHLAWAN AWANG IBRAHIM beranak 3 orang iaitu;


1. AWANG MOHAMMAD MUTAMID (yang turun ke Matu, Sarawak)

2. AWANG ABDUL SALAM (yang turun ke Matu, Sarawak)


3. PEHIN DATU IMAM HAJI AWANG HAKIM (yang menjadi Datuk Imam Brunei) beranak 2 orang iaitu;

3.1 AWANG ABDUL LATIF


3.2 DAYANG FATIMAH yang bersuami dengan AWANG ALI SEGAR yang kemudiannya beranak 5 orang iaitu;

3.2.1 AWANG AHMAD

3.2.2 AWANG ABDULLAH


3.3.3 DAYANG CUCU

3.3.4 AWANG ABDUL GHAFFAR

3.3.5 AWANG ABDUL RAHMAN



AWANG ALI SEGAR kemudian beristeri baru iaitu dengan DAYANG ISAH BINTI ENCIK KALUT yang berasal dari Sarikei, Sarawak dan mempunyai 2 orang anak iaitu;


1. AWANG HAJI SALLEH beristeri DAYANG RABIAH BINTI ABANG LATIF dan beranak 2 orang iaitu;

1.1 AWANG MUT

1.2 AWANG SAHARI


2. DAYANG ROLAH yang bersuami ABANG ABDUL RAHIM BIN ABANG HAMID beranak seorang iaitu;
2.1 ABANG TAIB



AWANG ABDUL RAHMAN BIN AWANG ALI SEGAR telah pergi ke Sarawak bersama-sama 3 orang rakan-rakannya. AWANG ABDUL RAHMAN pun berkahwin dengan DAYANG ISAH BINTI ABANG ABDUL LATIF dan beranak 8 orang di KAMPUNG LINGGA, SRI AMAN, SARAWAK iaitu;


Terima kasih kepada Abg. Muis Bin Hj Abg. Zen, Sarawak dan Awg. Mohammad Sofian, Brunei kerana membantu memberi maklumat kepadaku untuk menulis salasilah ini.


Rujuk Salasilah Abang Salim : Siri 2

No comments:

Post a Comment